Selamat Datang Ke Syaheerah Homestay, Melaka

DSCN4434

DSCN4439

DSCN4438

DSCN4461

Kami mengucapkan Selamat Datang kepada para pengunjung yang datang ke negeri Melaka yang bersejarah ini.

Bagi yang mencari tempat penginapan sementara atau homestay, anda boleh lah bekunjung ke homestay kami di Semabok, Melaka. Kami mempunyai 2 buah rumah untuk disewakan secara harian.

Rumah-rumah kami mempunyai kelengkapan asas yang lengkap dan pasti anda semua akan gembira dan selesa disini. Kami sediakan kadar sewaan harian dan bulanan.

1) Rumah 1 – ada 6 bilik (sewaan harian RM500/sehari)

2) Rumah 2 – ada 3 bilik (sewaan harian RM200/sehari)

3) 2 bilik untuk disewakan secara bulanan (RM450 sebulan)

Bagi yang ingin menyewa bilik-bilik sahaja sila hubungi kami untuk kadar sewa dan sebarang pertanyaan.

Ramai pengunjung setia kami gembira dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Diharapkan anda gembira dan selesa di sini.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En Aziz 019-6615191, 019-380 8364 @ Puan Noraziah 012-6905166, 019-3578364

p/s Pesanan Kerajaan @ Local Order diterima bagi tempahan.

Tempat Rekreasi Melaka

1. Taman Buaya
Taman Buaya ini adalah yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 100 spesis buaya dipelihara di sini termasuk buaya Albino dan buaya bonggol belakang. Lanskap di sini diperbuat khas untuk mewujudkan suasana semulajadi untuk reptilia ini.
2.Taman Rama-rama
Salah sebuah taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif di dunia, menempatkan lebih daripada 200 spesis tempatan termasuk yang sukar didapati seperti ‘Raja Brooke’ dan ‘Birdwing’. Terdapat juga lebih daripada 400 spesimen serangga.
3. Zoo Melaka
Tebih daripada 44 spesis haiwan yang terdapat di seluruh Asia Tenggara dan Afrika ditempatkan di sini mengikut habitat asal masing-masing. Dikategorikan sebagai salah sebuah zoo terbaik di Malaysia, ia adalah tempat menarik untuk anda mengenali segala kehidupan rimba.
4.Tasik Ayer Keroh
Sangat sesuai untuk aktiviti sukan air seperti berkayak atau berperahu. Lengkap dengan segala kemudahan untuk sekeluarga bersantai dan berehat dalam suasana yang harmoni dan sekitar yang permai.
5.Kolam Air Panas Gadek
Terkenal sebagai tempat mandian kesihatan di kalangan para pelancong dari seluruh dunia yang mencari kaedah perubatan semulajadi untuk pelbagai penyakit kulit. Selain itu, kedai-kedai kraftangan tempatan dan taman permainan turut menjadi tarikan tambahan untuk para pelancong ke sini. Sangat sesuai untuk sekeluarga bersantai.
6. Cape Rachado
Bagaikan syurga bagi para pemerhati burung. Kawasan ini merupakan kawasan tanah rendah yang menjadi tempat penghijrahan burung-burung yang terletak antara kawasan kehijauan dan ketenangan hutan tanah tinggi dan kebiruan teluk dan pantai yang indah serta bersih. Di sini juga terdapat rumah api tertua di Malaysia yang telah dibina oleh orang-orang Belanda pada tahun 1817. Dipercayai bahawa makan Parameswara terletak di kawasan ini.
Selain itu anda juga boleh menjumpai beberapa tanda legenda dan mempesonakan seperti tapak kaki H ang Tuan dan batu yang dikenali sebagai ‘Batu Gajah’. Dipercayai bahawa batu ini pernah menjadi tempat rehat Hang Tuah. Tidak jauh dari rumah api, terdapat juga sebuah makam lama yang tidak dikenali.
Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat melihat ‘anak bulan’ mengikut hukum rukyah dalam menentukan bulan Ramadhan dan bulan Syawal untuk sambutan Puasa dan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Islam.
7.Hutan Rekreasi Ayer Keroh
Kawasan hutan tropika yang penuh ketenangan semulajadi untuk diterokai. Kawasan hutan yang tidak tercemar dan terpelihara untuk membolehkan para pelancong merasai dan mengalami sendiri suasana rimba yang asli. Kebanyakan pokok ditanda dengan nama masing-masing untuk kemudahan para pelancong mengenali spesis flora dan fauna Malaysia. Kawasan ini juga sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti merentas hutan, berjalan kaki, berjogging dan berbasikal. Terdapat laluan yang telah ditandakan.

Tempat Bersejarah Melaka

1. A’ Famosa
Kota yang dibina oleh orang-orang Portugis sewaktu menakluki Melaka pada tahun 1511. Mercu tanda Melaka dan mungkin merupakan subjek yang paling banyak diambil gambar selain daripada Stadhuys. Kota ini mengalami kerosakan teruk sewaktu penaklukan Belanda dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun dengan campurtangan dari Sir Stamford Raffles pada tahun 1808, sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan, iaitu dinding pintu masuk, A’Famosa yang kekal hingga ke hari ini.
2.Stadthuys
Dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya, bangunan besar yang melambangkan senibina Belanda. Bangunan ini dijaga dengan rapi sebagaimana struktur asalnya dan kini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Antara baran pameran setiap hari ialah pakaian pengantin tradisi dan barang-barang peninggalan kegemilangan lampau Melaka.
3.Bukit Cina
Sebagaimana namanya, bukit ini merupakan penempatan rasmi rombongan Cina yang tiba di Melaka bersama Puteri Hang Li Poh. Beliau dihantar ke Melaka oelh Maharaja Cina untuk dikahwinkan dengan Sultan sebagai mengeratkan hubungan diplomatic sehinggalah penjajahan British pada tahun 1511. Hari ini Bukit China menempatkan tanah perkuburan Cina yang terbesar di luar negeri China iaitu banyak kuburan lama yang sezaman dengan dinasti Ming.
4.Perigi Hang Li Poh (Perigi Raja)
Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai “perigi hajat,” dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini, mereka akan kembali semula ke Melaka.
5. Perigi Hang Tuah
Terletak di Kampung Duyong, di mana Hang Tuah membesar bersama empat orang sahabatnya yang kemudian telah menjadi hulubalang Melaka. Perigi ini dikatakan menjadi tempat kediaman roh beliau yang menjelma sebagai buaya putih. Bagi orang biasa untuk melihat kelibat jelmaan itu adalah mustahil. Dipercayai hanya mereka yang berhati suci dan warak sahaja berpeluang melihatnya.
6. Kota St. John
Dibina semula oleh orang-orang Belanda dalam kurun ke-18, yang pada asalnya merupakan gereja persendirian Portugis yang ditujukan khas untuk Paderi St. John. Kota ini mempunyai rekaan yang menarik iaitu meriam yang diletakkan menghadap kawasan pedalaman kerana di waktu itu, serangan ke atas Melaka datangnya dari sana berbanding dari laut.
7. Kota Belanda
Kota ini dibina pada tahun 1757 yang terletak kira-kira 49km dari bandar Melaka dalam perjalanan menuju Port Dickson. Kota ini berdiri teguh di atas kawasan tinggi dikenali sebagai Bukit Supai.
Orang-orang Bugis dan angkatan Belanda membina kota pertahanan di atas Bukit Supai sebagai lambang berdamai untuk peperangan yang berlaku pada tahun 1756-1757. Ia kemudiannya dikenali sebagai “Kota Filipina” mengikut nama seorang anak perempuan pegawai Belanda ketika itu.
Pada 1 Januari, 1758, perjanjian damai telah ditandatangani di sini. Berdasarkan perjanjian tersebut, orang-orang Belanda diberi kuasa di kawasan Linggi dan dalam perdagangan timah.
Kota Belanda ini berbentuk empat segi menggunakan batu-bata merah dan dikelilingi oleh paya di luar kota. Setiap sudut berbentuk separuh bulatan yang diletakkan meriam. Kota ini mempunyai dua pintu masuk.
8.Makam Tun Teja
Anak perempuan Bendahara Pahang, Sri Amar Diraja telah terpedaya dengan Hang Tuah dan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah. Beliau mangkat sebagai permaisuri di Merlimau kira-kira 24km dari bandar Melaka, sewaktu berundur bersama keluarga diraja dari serangan Portugis pada tahun 1511.
9. Makam Hang Jebat
Juara dalam menegakkan keadilan yang mati dalam tragedi. Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah dalam pertempuran selama tiga hari tiga malam. Beliau mengamuk selepas cedera ditikam oleh keris Hang Tuah, ‘Taming Sari’. Hang Jebat dianggap menderhaka oleh Sultan dan Hang Tuah walaupun demi menuntut bela Hang Tuah yang telah dihukum bunuh untuk kesalahan yang tidak dilakukannya. Pertempuran antara Hang Tuah dan Hang Jebat telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dari segi moral dan peradaban masyarakat Melayu.
Persoalan yang terus diperbincangkan ialah penentangan Hang Jebat kepada kesultanan Melaka, satu tindakan yang melampaui zamannya dan kesetiaan Hang Tuah yang tidak pernah berbelah bagi ke atas sultannya. Kata-kata Hang Jebat yang menjadi sebutan hingga ke hari ini ialah “Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah”.
10. Makam Hang Tuah
Makam yang dihias untuk mengenang Laksamana Melaka yang telah berjaya mempertahankan Melaka dari segala serangan Siam dan Acheh serta mengangkat kedaulatan Melaka sebagai sebuah negara yang disegani. Keberanian, ketangkasan dan kebijaksanaan Hang Tuah menjadikan beliau seorang legenda yang disanjungi dan dihormati dalam sejarah Melaka.
Keberanian Hang Tuah dilihat sewaktu zaman remajanya apabila beliau seorang diri berjaya menahan seorang lelaki yang sedang mengamuk di Kampung Duyong. Ketangkasannya telah menarik perhatian Sultan dan dikurniakan jawatan hulubalang, beliau adalah hulubalang yang termuda sekali. Kata-kata Hang Tuah yang menjadi sebutan hingga ke hari ini ialah “Takkan Melayu Hilang Di Dunia.”
11.Makam Hang Kasturi
Hang Kasturi adalah seguru dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu dalam mempelajari ilmu persilatan. Beliau menjadi hulubalang bersama-sama dengan Hang Tuan dan para sahabatnya. Selain Hang Jebat, Hang Kasturi dan sahabat yang lain terus setia kepada Sultan hingga ke akhir hayat.
12. Makam Dol Said
Pemerintah kesembilan Naning yang telah memberontak dan menentang British dalam mempertahankan daerahnya dari dikenakan cukai. Perang Naning pada tahun 1834 telah membuktikan bahawa beliau seorang yang berani dan ini menjadikan beliau seorang yang dikagumi dan dihormati dalam sejarah Melaka.
13.Tanah Perkuburan Belanda
Tanah perkuburan ini pertama kali digunakan pada suku ketiga kurun ke-17. Hingga sekarang terdapat kubur 5 orang Belanda dan 33 kubur orang Inggeris. Tanah perkuburan ini digunakan dalam dua peringkat iaitu antara tahun 1670-1682 dan diubah antara tahun 1818-1838 apabila pihak British mengambil-alih Melaka pada tahun 1795, apabila mereka menggunakan bukit St. Paul sebagai tanah perkuburan, hanya pada tahun 1818 barulah mereka menggunakan tanah perkuburan ini.
Kapten John Kidd adalah orang pertama yang ditanam di sini manakala isteri seorang pegawai British adalah orang terakhir iaitu pada tahun 1838. Kebanyakan orang Inggeris yang ditanam di sini adalah pegawai pusat. Tetapi terdapat juga beberapa orang isteri tentera yang ditanam di sini. Tanah perkuburan ini menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya kubur dua orang pegawai tentera British yang mati ketika perang Naning. Tanah perkuburan ini telah digazetkan di bawah Akta Antikuiti 1976.
14.Tanah Perkuburan British
Tentera British yang terkorban ketika perang Naning (1831 -1832) menentang Dol Said dan pengikut-pengikutnya. Mereka dikebumikan di sini sebagai menghormati perjuangan mereka.

BBQ & Katering

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

 

DSCN4501DSCN4500DSCN4499DSCN4498DSCN4495DSCN4494DSCN4492DSCN4491DSCN4490DSCN4489DSCN4488ImageImageImageImage

Disini kami pihak pengurusan Syaheerah Homestay Melaka ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar Giat Mara, Sepang, Selangor seramai 55 orang (lelaki dan perempuan) yang telah memilih homestay kami sebagai tempat penginapan semasa percutian dan aktiviti Sukaneka Giat Mara yang diadakan di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka. Memang sungguh meriah bila rombongan seramai ini bertandang ke homestay kami.

Untuk pengetahuan semua, kami juga mengambil tempahan BBQ dan katering bagi para pengunjung yang datang secara ramai dan berombongan. Menu-menu istimewa kami sediakan untuk anda semua dengan harga yang sangat bepatutan.

Diharapkan pelajar-pelajar ini gembira dan selesa sepanjang mereka berada di homestay kami.

Sekian terima kasih daun keladi, datang Melaka singgalah ke homestay kami lagi!!!!

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En Aziz 019-6615191, 019-380 8364 @ Puan Noraziah 012-6905166, 019-3578364

2 Bilik Sewa Bulanan

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

 

Untuk pengetahuan para pengunjung pihak kami juga ada menyewakan 2 buah bilik khusus untuk sewaan bulanan. Amat sesuai bagi mereka yang bekerja outstation di Melaka untuk beberapa bulan atau individu yang terlibat dalam bidang jualan, pemasaran dan sebagainya.

Kedua-dua bilik ini dilengkapkan dengan katil queen-size bed, air-cond, kipas angin, meja solek, almari pakaian serta terdapat 2 bilik air/ tandas yang diletakkan di luar bilik bagi kegunaan penyewa. Bagi yang berminat harga sewaan hanyalah RM450.00 sebulan termasuk api dan air serta perkhidmatan wifi percuma 24 jam.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En Aziz 019-6615191, 019-380 8364 @ Puan Noraziah 012-6905166, 019-3578364

p/s Pesanan Kerajaan @ Local Order diterima bagi tempahan.

 

 

Rumah 2 (3 Bilik)

ImageImageImage

Rumah ke 2 kami dilengkapkan dengan perabut dan kemudahan asas. Ada 3 bilik kesemuanya dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara bagi jumlah pengunjung yang ramai antara 20-30 orang pada satu-satu masa. Ruang tamu yang selesa untuk para pengunjung beristirehat, lengkap dengan air-cond, kipas, tv set dan pekhidmatan wifi percuma 24 jam.

ImageImageImageImageImage

Terdapat 3 bilik di rumah ke 2 ini yang mana kesemua bilik dilengkapkan dengan air-cond serta kipas angin. Kami menyediakan katil queen-size bed dan double decker didalam bilik. Memang sesuai untuk yang datang ke Melaka secara berombongan. Bilik-bilik disediakan dengan almari pakaian, meja solek.

Image

Dapor kami lengkap dengan alatan memasak rice cooker, water cooler, water heater, peti ais, pinggan, mangkuk, cawan dan lain-lain kemudahan asas.

ImageImageImage

Bagi keselesaan para pengunjung kami sediakan 5 buah bilik air di rumah ini. Harga RM200 sehari.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En Aziz 019-6615191, 019-380 8364 @ Puan Noraziah 012-6905166, 019-3578364

p/s Pesanan Kerajaan @ Local Order diterima bagi tempahan.

Rumah 1 (6 Bilik)

ImageImageImage

Rumah (1) 6 bilik – pemandangan kawasan persekitaran rumah dari luar. Kami menyediakan kawasan parkir kenderaan yang luas bagi semua pengunjung.

ImageImageImage

Ruang tamu yang luas dan cantik. Pengunjung boleh beristirehat santai besama keluarga dan sahabat handai. Kami sediakan sofa berwarna merah, tv, kipas angin serta perkhidmatan wifi percuma 24 jam.

ImageImage

Bilik (1) kami sediakan katil king-size bed dan jugak queen-size bed, lengkap dengan air-cond, kipas angin, almari pakaian, meja solek, tv set dan bilik air/ tandas di dalam setiap bilik.

DSCN4448 DSCN4447

Bilik (2-5) kami sediakan sebuah katil queen-size bed, air-cond, kipas angin, almari pakaian, meja solek, tv set lengkap dengan bilik air/ tandas di dalam setiap bilik.

ImageImageImageImageImage

Bilik 6 kami sediakan sebuah katil queen-size bed dan jugak sebuah katil double-decker untuk para pengunjung. Bilik ini dilengkapkan denganĀ air-cond, kipas angin, almari pakaian, meja solek, tv set lengkap dengan bilik air/ tandas di dalam setiap bilik.

ImageImageImageImage

Dan akhir sekali ruang dapur kami sangatlah selesa. Lengkap dengan rice cooker, pinggan mangkuk, water cooler, water heater dan juga mesih basuh pakaian. Harga RM500 sehari

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En Aziz 019-6615191, 019-380 8364 @ Puan Noraziah 012-6905166, 019-3578364

p/s Pesanan Kerajaan @ Local Order diterima bagi tempahan.